Welcom page
SR-NET RESOURCES SDN. BHD. telah diperbadankan menurut Akta Syarikat 1965 pada 12 MAC 2007 sebagai sebuah syarikat SENDIRIAN BERHAD milik penuh bumiputera. Operasi utama syarikat lebih menjurus kepada perkhidmatan run-dingan dan pembangunan serta penyelesaian di dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seperti:
- Pembangunan dan penyelenggaraan rangkaian komputer (LAN, WLAN, WAN).
- Merekabentuk laman web dan web mail (e-mail).
- Pembangunan dan penyelenggaraan server dan client.
- Sistem keselamatan rangkaian ( Firewall)
- Membekal dan menyelenggara perkakasan dan perisian komputer dan aksesori serta pencetak.
- Membekal dan menyelenggara peralatan elektrik dan elektronik
- Penyeleggaraan alatan telekomunikasi dan elektronik
Bagi memenuhi permintaan dan keperluan pelanggan, syarikat juga menawar-kan perkhidmatan rundingan dan pemasangan produk keselamatan seperti;
- Pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV)
- Pembangunan Sistem Kedatangan berdasarkan laman web (Attendance System base on web site)
- Pemasangan Sistem Pintu Keselamatan (Access Door System)
Bagi menambah nilai kepada segmen yang sediaada, syarikat juga telah mengorak langkah dalam khidmat pembekalan produk dan perkhidmatan seperti pembekalan alatan bantuan mengajar, alatan automasi pejabat, peralatan kejuruteraan dan mesin,alatan elektrik dan elektronik, alatan ukur dan sukat,dan peralatan instrument.
Pencapaian yang telah diperolehi oleh syarikat pada hari ini adalah hasil dari kepakaran dan pengalaman yang digarab dari kepelbagaian projek usaha-sama dari rakan niaga yang telah banyak menyokong kami. Syarikat juga telah berkembang dengan positifnya hasil dari kecekapan tadbir urus dan keman-tapan strategi perniagaan serta usaha yang telah digembeling bersama oleh warga syarikat.
No related posts.
Related posts brought to you by Amazon plugin.

